Download Novel Melayu, Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
Julia benci memandu di Kuala Lumpur. Banyak kali dia diberitahu bahawa pemandu pemandu di Kuala Lumpur adalah di antara pemandu-pemandu yang paling kurang ajar di Malaysia (selain dari Pulau Pinang. Tetapi Julia tidak pernah memandu di sana, jadi diatidak boleh mengesahkan hal ini). Setiap kali dia memandu, ada sahaja kereta yang akan membunyikan hon kepadanya ataupun memarahi kerana memandu di bawah had laju yang ditetapkan.
Sebuah kereta Honda City bewarna hitam memotong keretanya untuk cepat-cepatmasuk ke dalam lorong Touch & Go di Plaza Tol Sunway. Julia hanya mampu berdecit. Dia memandang ke arah jam di dalam kereta pacuan empat roda Toyota Rav4 Turbonya. Dia tidak mahu terlambat ke tutorialnya lagi. Tetapi di hadapannya terdapat beratus-ratusbuah kereta yang bergerak perlahan. Sesak. Masing-masing bergegas ke tempat kerja atau seperti dirinya yang sedang bergegas ke Universiti Monash, tempat dia belajar sejak dua tahun yang lepas.
And then …
Download The NovelĀ cinta-nasi-lemak-sogaul.zip
